BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru 2010

Hari ini merupakan hari guru. Tahun ini Pahang menjadi tuan rumah sambutan hari guru peringkat kebangsaan yang diadakan di UMP, Kuantan. Kerana sibuk ke hulu ke hilir, tidak berkesempatan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut, bahkan menontoh siaran di televisyen pun tidak sempat. (err..adake siaran langsung kat TV tu?)

Hari ini telefon saya lebih kerap berdering berbanding hari-hari biasa. Bermacam-macam ucapan hari guru diterima, dari murid-murid, kawan-kawan, adik-adik dan sebagainya. Mesej yang diterimapun pelbagai. Ada mesej ulang tayang dari tahun lepas, ada mesej berangkai dari seorang guru kepada seorang guru yang lain, ada mesej lawak dan lain-lain. Saya paling suka mesej ini :

"SELAMAT HARI GURU buat c gu...moga Allah menerima segala pengorbanan, jasa, penat lelah c gu dlm menyampaikan ilmu, mendidik dan mentarbiyyah jiwa anak2. lebih2 lg anak kami xxxx, sehingga dpt membaca dan menulis..ini semuanya hasil kesungguhan dan keikhlasan c gu dlm mengajar sehingga natijahnya dpt kami lihat pd hari ini..Moga allah mengangkat darjat c gu disisiNya sebagai seorg yg berILMU..Insyaallah"

Sebenarnya jasa saya tidaklah sebanyak mana..saya hanya mengajar, Allah jualah yang memberi kefahaman. Saya bukan guru yang baik, kadang-kadang saya hampa bila murid tidak menguasai apa yang saya ajar. Kadang-kadang saya denda murid saya..tapi bila saya pandang mata mereka yang bersinar, saya jadi insaf dan kasihan. Murid saya masih sangat hijau, mereka datang ke sekolah tanpa mengetahui mengapa perlunya ilmu. Mereka mengharapkan saya membimbing sepenuhnya. Kadang-kadang saya terlupa mereka semua baru berusia 6 tahun...

Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru.
(..frust ni, banyak yg saya taip hilang x sempat save..malas dah nak taip baru)

0 comments: